Lama juga ustazah tak post maklumat-maklumat yang penting untuk pelajar-pelajar ni. Lama betul kita cuti ya.. haha bukan kamu semua tapi ustazah yang cuti lama. baiklah hari ini kita akan masuk pada pelajaran seterusnya. sangat mudah dan seronok. kamu pun bila ustazah sebut apa yang akan kita belajar hari ini mesti kamu semua tahu. hari ini kita semua akan belajar atau "explore" tentang PUASA.
Jom kita belajar tentang puasa. Ustazah nak kamu perhati dan fahami betul-betul apa yang ustazah cuba nak sampaikan.
PENGERTIAN PUASA:
"Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari"
DALIL NAQLI:
Firman ALLAH Ta'ala:
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"
maksudnya: wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa
SYARAT WAJIB BERPUASA:
- Islam
- Berakal
- Mampu berpuasa
- Suci daripada haid dan nifas
- Bermuqim
- Baligh
SYARAT SAH PUASA:
- Niat
- Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
- Islam
- Suci daripada haid dan nifas
RUKUN PUASA:
- Niat- bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
- Menahan diri- daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa
LAFAZ NIAT BERPUASA:
- video lafaz niat puasa bersama upin ipin
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA:
- Menyegerakan berbuka puasa
- Berbuka puasa dengan buah tamar(kurma)
- Memperbanyakkan membaca al-quran, berzikir serta berselawat
- Memperbanyakkan sedekah
- Memperbanyakkan melakukan amal kebaikkan
- Membaca doa sebelum berbuka puasa
- Melewatkan sahur
PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA:
- Gosok gigi selepas gelincir matahari
- Berkumur-kumur berlebihan
- Mandi berlebihan
- Merasa makanan dengan menggunakan lidah
- Berbekam atau menderma darah
- Mencium isteri
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
- Murtad
- Gila walaupun sekejap
- Muntah dengan sengaja
- Mabuk/pengsan sepanjang hari
- Bersalin/melahirkan anak
- Makan minum dengan sengaja di siang hari
- keluar air mani dengan sengaja
- Bersetubuh disiang hari
- Keluar darah haid atau nifas
- contoh gambar perkara yang membatalkan puasa |
PUASA-PUASA SUNAT:
- Puasa enam (pada bulan syawal)
- Hari isnin dan khamis setiap minggu
- Puasa hari asyu'ra (10 muharam)
- Puasa hari arafah (9 zulhijah)
- Puasa hari ke (13,14,15) setiap bulan
- Banyakkan puasa bulan rejab dan syaaban
HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA:
- 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri)
- 10 Zulhijah (Hari Raya AidilAdha)
- Hari Tashrik (11,12,13 Zulhijah)
HIKMAH BERPUASA:
- Diampunkan dosa-dosa yang lalu
- Bergembira ketika berbuka
- Boleh terhindar dari penyakit
- Bergembira ketika menyambut hari raya
- Mulut orang berpuasa berbau wangi disisi ALLAH
- Malam lailatuqadr
- Doa dimakbulkan
- ALLAH menetapkan ganjarannya
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa:
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Ingatan untuk para pelajar !!
Kita hendaklah berjaga-jaga dan beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti haid, nifas, pitam dan gila.
"Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Sempurna"
- video lagu hari raya (saja nak naikkan mood pelajar ustazah)
No comments:
Post a Comment