order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.

Monday, 26 January 2015

CARA PERGERAKKAN SOLAT ORANG YANG SAKIT

CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT

Baiklah para pelajar, sekarang ni ustazah nak semua perhati, fokus dan faham ya tentang apa yang ustazah nak sampaikan kepada semua. Jangan ada yang main-main atau tidak ambil endah tentang benda ni ya... ok cara menunaikan solat bagi orang yang sakit ini ada 3 cara tau. Solat secara duduk, solat secara baring mengiring dan yang terakhir solat secara baring menelentang.

1- PERGERAKKAN SOLAT SECARA DUDUK
 

  •     Duduk tegak menghadap kiblat
  •     Niat serta takbirratul ihram
  •     Membaca Al-Fatihah dan surah
  •     Ruku'
  •     Iktidal
  •     Sujud
  •     Duduk tahiyat awal
  •     Duduk tahiyat akhir
  •     Beri salam

- ini adalah contoh gambar cara solat duduk bagi orang sakit

Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk seperti biasa dalam keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi.. Takbiratul ihram macam biasa sambil berdiri, rukuk, dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kemudian kita bangun kembali berdiri untuk membaca surah al- Fatihah, rukuk dan duduk atas kerusi untuk sujud. Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada tahap dan masih boleh bersolat seperti biasa maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Solat secara duduk tidak perlu diulang semula.
 Anas bin Malik radiallahuanhu meriwayatkan hadis berikut: Ketika Rasulullah s.a.w.  memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda: "Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri."   Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan) solat.

2- PERGERAKKAN SOLAT SECARA BARING MENGIRING






















  • Baring mengiring dada menghadap kearah kiblat
  • Niat serta takbirratul ihram
  • Membaca al-fatihah dan surah
  • Ruku'
  • Iktidal
  • Sujud
  • Membaca tahiyat akhir
  • Memberi salam


- ini contoh cara solat baring mngiring bagi orang sakit



3- PERGERAKKAN SOLAT SECARA BARING MENELENTANG

  • Baring menelentang dada menghadap kearah kiblat
  • Niat serta takbirratul ihram
  • Membaca al-fatihah dan surah
  • Ruku'
  • Iktidal
  • Sujud
  • Membaca tahiyat akhir
  • Memberi salam
- ini adalah contoh solat baring menelentang bagi orang sakit

jadi pelajar-pelajar ustazah semua dah tahu kan bagaimana cara pergerakkan solat ketika sakit kan.. so, dah tiada alasan bagi seseorang islam untuk tidak menunaikan solat fardhu. ALLAH dah bagi kita keringanan untuk solat, gunakan dengan sebaikknya. 





 

No comments:

Post a Comment