order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.

Monday, 26 January 2015

SYARAT SAH SERTA HIKMAH SOLAT ORANG YANG SAKIT

Baiklah seterusnya ustazah nak sambung pelajaran kita lagi ni.. ustazah nak sambung tentang syarat sah serta kebaikkan orang yang sakit ni solat. Maaflah kalau penulisan ustazah ni kurang memuaskan but.. we try to make this blog jadi lebih menaik ooppss terTYPO lah pula ustazah.. nampak tak ketidaksengajaan ustazah kat situ.. hahaha bukan menaik tapi menarik.. kita kena cuba dan terus mencuba sampai berjaya.. macam ustazah, ustazah nak cuba lagi baiki penulisan dan kongsi banyak lagi maklumat yang mantap buat pelajar/reader yang baca blog ustazah ni.. hah gitu ! ok apa tadi ustazah nak sambung? oh ya tentang syarat serta kebaikkan solat orang sakit kan.. ok syarat sah solat yang sakit adalah seperti apa yang ustazah senaraikan kat bawah ni.. tengok dan hafal syarat ni..

SYARAT SAH SOLAT ORANG YANG SAKIT


  • Mengetahui masuk waktu solat (ya lah kalau tak masuk waktu, kamu solat apa pulak kan?)
  • Menghadap kiblat
  • Menutup aurat
  • Suci daripada hadas dan najis (nak jumpa ALLAH kenalah wangi2 dan bersih ya !)
  • Ada keuzuran (ini point atau syarat penting kalau tak uzur takkan namanya syarat sah orang                               yang sakit.. faham tak?! )
Senangkan nak hafal syarat sah solat orang yang sakit.. petik jari je kamu semua dah boleh hafal kalau ada kesungguhan lah dalam diri kamu tu.. Seterusnya apa yang kita perlu tahu ialah kebaikkan solat orang yang sakit. terdapat banyak kebaikkan atau hikmah yang ada jika kita tetap menunaikan solat ketika sakit. Antaranya adalah :

  • Yakin terhadap pertolongan ALLAH
  • Dikasihi dan diredhai ALLAH
  • Memperolehi ketenangan jiwa
  • Sabar dan tabah menghadapi kesakitan
  • Sentiasa mengingati mati
  • Besyukur dengan nikmat ALLAH
  • Meringankan penderitaan yang dialami

- malulah kamu dengan orang seperti mereka, mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam mengabdi diri pada yang ESA





No comments:

Post a Comment