harini untuk pelajaran kita yang kedua ni, ustazah dengan sukacitanya nak berkongsi ilmu atau maklumat tentang solat didalam kenderaan. Hah...mcm menarik je kan bunyinya, solat didalam kenderaan ni kan tak kira lah dekat udara ke (kapal terbang) or dekat darat ke (lori,kereta) mahupun dekat air (kapal laut,bot,feri). Pernah one day ni ustazah ada baca buku "ensiklopedia solat". ustazah terbaca tentang satu bab ni "solat didalam kenderaan". yup ! memang dibenarkan bagi kita solat didalam kenderaan.Tapi untuk kamu semua ustazah akan terangkan tentang syarat sah solat didalam kenderaan,hikmah solat didalam kenderaan serta كيفية
so here it is... bismilahirahmanirahim..
SYARAT SAH SOLAT DIDALAM KENDERAAN
1- Mengetahui masuk waktu
2- Menghadap kiblat
3- Menutup aurat
4- Suci daripada hadas kecil dan besar
Ada seorang pelajar ni dia tanya ustazah, kalau kita terperangkap dengan perjalanan yang panjang contoh dalam kapal terbang selama 10 jam dari KL ke AS (contoh) bagaimana dengan solat kita ustazah? So apa yang ustazah jawab ? ustazah jawab cenggini ... Setiap mukmin kan wajib menunaikan solat dalam waktu yang ditetapkan, walau dimana jua pun dia berada. Sebab solat wajib .. ingat ! dan islam telah memudahkannya. so takde alasan lagi lah ye lepas ni pelajar2.
كيفية SOLAT DIDALAM KENDERAAN
1- Niat serta takbiratul ihram
2- Ruku'
3- Iktidal
4- Sujud
5- Duduk membaca tahiyat akhir
6- Memberi salam
- contoh gambar orang solat didalam kenderaan |
HIKMAH SOLAT DIDALAM KENDERAAN
1- Memperolehi ketenangan jiwa
2- Dapat melaksanakan ibadah sesuai dengan kemampuan seseorang
3- Sentiasa mengingati ALLAH dalam semua keadaan dan dimana jua berada
4- Hidup diberkati dan diredhai ALLAH
Alright.. dah lama ustazah dok mengadap laptop ni.. sampai merah mata ustazah .. tapi tak apa ni semua untuk kamu.. ustazah nak kamu dapat maklumat yang berguna lagi bermanfaat.. chewwaah !! Semoga ini dapat membantu dan sekiranya ada salah silap harap tegur lah ya.. tegur dengan berhikmah ingat tu !
Till then.... Assalammualaikum..^^
No comments:
Post a Comment