Pelajar ustazah semua macam mana? semua sihat tak? itu ada yang batuk2 tu cepat2 pergi klinik buat rawatan ya.. jangan biar je nanti melarat pulak pastu tak dapat belajar dengan ustazah.. sedih3.. hehehe,.. ehh jap ustazah sebenarnya dari tadi perhatikan riak muka pelajar-pelajar ustazah kan macam ada yang tak kena je? kenapa dengan muka kamu ni? urmm baru ustazah tahu kenapa kamu buat muka pelik..sebab kamu tengok tajuk pembelajaran kita harini kan..hahaha.. kenapa pelik sangat ke? tak ada yang pelik lah jangan risau .. tapi kamu tetap tak puas hati juga kan siap ada yang bawa sepanduk lagi, ustazah ! tengok apa makna disebalik tajuk yang ustazah nak ajar? apa solat sunat 2 hari raya tu?? tak faham ! tak faham ! amboii !!! sampai macam tu sekali ya perangai kamu, ok tenang dulu, kamu nak tau sangat kan apa yang kita nak belajar harini, ok sebelum ustazah terangkan atau bagi tau apa itu solat sunat 2 hari raya ustazah nak kamu tgok apa benda (gambar) yang ustazah tunjukkan dekat bawah ni:
- sembelihan lembu |
- ketupat |
Ok..semua dah tengok kan? dah puas dah perhati gambar tu..agak2 kamulah kan lepas dah tengok gambar kat atas tu tau tak apa je yang boleh kamu kaitkan dengan tajuk pembelajaran ustazah harini.. tajuk solat sunat 2 hari raya...jawablah semua... ustazah siap buat caption supaya bagi semua tau..ok lah ustazah bagi tahu ya .. solat sunat 2 hari raya ialah SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI dengan SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA lah...tu yang ada gambar ketupat dan lembu bagai.. hah !! da tau kan..nampak sikit sel2 otak kamu dah mula berhubung dan mula aktif hahaha.. Ok mula2 sekali apa yang perlu kita tahu ialah
maksud solat sunat hari raya aidilfitri dan aidiladha...
solat sunat hari raya aidilfitri ialah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan pada pagi 1 syawal
solat sunat hari raya aidiladha ialah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan pada pagi 10 zulhijah
kedua-dua hukum menunaikan solat sunat 2 hari raya ini ialah sunat mua'kad
lafaz niat solat sunat 2 hari raya...
- lafaz niat solat sunat aidilfitri |
- lafaz niat solat sunat aidiladha |
Rakaat yang didirikan bagi kedua-kedua solat sunat ini adalah sama dengan diiringi 2 khutbah.
RAKAAT PERTAMA: sebelum membaca al-fatihah disunatkan bertakbir 7 kali dan diselangi dengan 6 kali bacaan tasbih.
RAKAAT KEDUA: sebelum membaca al-fatihah disunatkan bertakbir 5 kali dan diselangi 4 kali bacaan tasbih
~selepas selesai solat diiringi dengan 2 khutbah.~
lafaz tasbih solat hari raya
- الله اكبر
- سبحان الله والحمد لله ولا الا اله الا والله اكبر
takbir hari raya
- video lafaz takbir hari raya
syarat sah solat sunat 2 hari raya
- menghadap kiblat
- waktu 1 syawal (aidilfitri) dan 10 zulhijah (aidiladha)
- didirikan mula terbit matahari sekadar segalah hingga gelincir matahari
- diiringi dengan 2 khutbah
- menutup aurat
- suci daripada hadas kecil dan besar
hikmah/kelebihan solat sunat 2 hari raya
- mengagungkan kebesaran ALLAH
- mengeratkan hubungan silatturahim sesama manusia
- bermaaf-maafan sesama umat islam
- meningkatkan keimanan kepada ALLAH
- berkongsi nikmat ALLAH dengan yang kurang upaya
ok pelajar2 sekalian tamat lah sudah sesi embelajaran kita kali ini.. semoga pelajar dapat ilmu yang bermanfaat pada diri kamu.
No comments:
Post a Comment