order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.

Monday, 26 January 2015

Pelajaran Pertama : SOLAT ORANG YANG SAKIT



Assalamualaikum para pelajar ustazah yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Semoga semuanya berada didalam keadaan yang sihat dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Taala selalu. Sentiasa bersyukur diatas segala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Walaupun nikmat yang sedikit,  InsyaAllah Allah akan menambah segala kurniaannya kepada hambaNya yang bersyukur. Ini kerana nikmat yang dikurniakan oleh Allah tidak boleh dinilai dengan nilai yang boleh dihitung. Ada nikmat yang berupa sesuatu yang tidak dapat dilihat namun boleh dirasa. Nikmat yang terbesar ialah nikmat Islam dan iman, selain itu nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat pancaindera, nikmat keluarga, nikmat pangkat, nikmat harta dan lain-lain. Layakkah kita yang bergelar hamba ini boleh mengenepikan Allah didalam hal-hal perintah dan larangan dari Allah . Dalam pada kita sihat kadang-kadang kita akan ditimpa dengan sedikit ujian iaitu sakit. Maka ustazah akan menerangkan kepada kamu bagaimana kita perlu melaksanakan solat dalam keadaan kita tidak mampu berdiri. Berdiri dalam solat fardhu adalah wajib dan kewajipan ini merupakan salah satu dari rukun solat yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan mana-mana ulama sepanjang zaman. Dalam kita bersolat adakalanya kita tidak mampu melakukan solat dalam keadaan biasa. Contohnya kita kemungkinan diuji Allah dengan keadaan sakit seperti demam, pening, sakit kaki dan sebagainya...Jadi pilihan yang diberi oleh Allah  kepada kita sama ada melakukan solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring. Pilihan pertama selepas berdiri ialah duduk dan jika masih tidak mampu kita boleh mengiring dan juga boleh menelentang.
Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
UMAT ISLAM WAJIB BERSOLAT SAMADA KETIKA SIHAT ATAU SAKIT.ALLAH MEMBERI KERINGANAN/RUKHSOH CARA MENDIRIKAN SOLAT BAGI ORANG YANG SEDANG SAKIT


No comments:

Post a Comment